Friday, 1 January 2016

Filled Under:

SAYU!! MENGEJUTKAN!! REMAJA Bunuh Diri TINGGALKan NOTA Buat Ibu, Ayah Dan Kawan-Kawan.... Mengalir AIR Mata Baca NOTA TERAKHIRnya!!!


## CHENOR - Seorang bapa tidak menyangka hari lahirnya terpaksa dilalui penuh tragis apabila anak bongsu berusia 18 tahun ditemui lemas di Kampung Tebing Tembah, Kertau, semalam....

## Sekeping nota ringkas tulisan tangan turut dijumpai dalam beg di lokasi mangsa dipercayai lemas dengan ucapan ‘Selamat Hari Ibu, Mak... Selamat Hari Lahir, Abah untuk esok... Halalkan segalanya tau...’...

## Pesara askar tidak berpencen, Mudzafar Awang Ahmad, 62, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada tujuh beradik itu, Mohamad Azrul adalah pada pagi Sabtu lalu.

## Menurutnya, mangsa memaklumkan mahu ke Melaka untuk berjumpa rakan dan keluar selepas solat Subuh dengan menunggang motosikal seorang diri.....

“Esoknya (Ahad) lebih kurang jam 2 petang ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka, dia singgah berjumpa sekejap dengan ibunya yang bekerja di kantin sebuah sekolah di Bandar Bera.....

“Saya berada di rumah mak mertua maka tidak tahu sama ada Azrul pulang ke rumah di Kampung Bohor Baru, Bera atau terus ke sini (sungai). Cuma sedar dia hilang pada pagi tadi selepas dimaklumkan orang kampung kerana mereka jumpa motosikal Azrul di tepi sungai sejak petang Ahad,” katanya.

#### Mangsa tidak maklum ke sungai..

## Kakak mangsa, Norzuliana, 20, berkata, adiknya yang mendapat keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas sepatutnya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) pada Jun depan.....

## Menurutnya, mangsa difahamkan baharu menyertai kumpulan tabligh maka tidak menolak kemungkinan ke Melaka bertemu rakan yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.....

“Kali terakhir dia hantar mesej dalam whatsapp keluarga adalah pada petang Sabtu beritahu sudah sampai Melaka dan last seen pula pada jam 1.17 petang, Ahad. Kami sekeluarga tidak tahu dia ke sungai ini malah dia pun bukan yang suka lakukan aktiviti sungai,” katanya.....

#####Curiga motosikal ditinggalkan...

## Menurut seorang pemuda kampung, motosikal milik mangsa disedari berada di tebing sungai berkenaan pada petang Ahad.

## Katanya, motosikal berwarna merah jenis SYM masih kelihatan menjelang senja dan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu memandangkan baru-baru ini berlaku kejadian curi enjin bot di kawasan tersebut.....

“Saya mahu tunggu sampai pemilik motosikal kembali ke darat kerana risau terlibat dengan kegiatan curi enjin bot malah motosikal ini tidak pernah nampak berada di sekitar sini. Bila sudah tengah malam, tiada siapa yang datang ambil motosikal tersebut maka saya pulang ke rumah.....

“Esoknya dalam jam 7 pagi tadi, saya tengok motosikal ini masih ada lalu mengesyaki berlaku kejadian tidak diingini apabila ternampak sebuah beg dan sehelai baju-T warna hitam di atas pasir tepi sungai,” katanya.....
.
##### Mayat dijumpai berdekatan lokasi terakhir...

## Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, anggota Balai Polis Chenor menerima maklumat orang awam pada jam 7.40 pagi, semalam mengatakan menemui sebuah motosikal dan beg di Kampung Tebing Tembah, Kertau.....

## Menurutnya, mangsa beralamat di Kampung Bohor Baru, Bera dan siasatan ditempat kejadian menjumpai sebuah buku nota yang mengandungi catatan di dalam beg berkenaan.....

“Mayat mangsa dijumpai pada jam 3 petang, kelmarin kira-kira 100 meter dari lokasi motosikal mangsa ditinggalkan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah,” katanya.....








Sumber >> http://ss-rakyat.blogspot.my/




0 comments:

Post a Comment